fbpx
SEORANG lelaki ditemukan di dalam gaung di Gunung Jerai, Yan malam tadi. Foto JBPM KEDAH

Lelaki jatuh gaung Gunung Jerai sejak Ahad ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang lelaki ditemukan selamat selepas dipercayai terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki Gunung Jerai, di sini pada Ahad lalu.

Mangsa berusia 34 tahun dijumpai pada jarak kira-kira 20 meter dari tebing gaung sebelum dibawa naik oleh pasukan bomba kira-kira pukul 9.37 malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999 pada pukul 7.30 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak digerakkan ke lokasi kejadian di Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai.

“Setibanya di lokasi, komander operasi menemui tiga individu yang memaklumkan mereka terdengar suara seorang lelaki meminta pertolongan dari arah gaung pada jarak kira-kira 15 hingga 20 meter dari tebing.

“Orang awam turut memaklumkan mangsa dipercayai telah hilang hampir tiga hari,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba tidak menerima sebarang tindak balas daripada mangsa sebelum anggota turun ke dalam gaung menggunakan sistem tali untuk melakukan pemeriksaan.

“Hasil operasi, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Mangsa memaklumkan dia mendaki Gunung Jerai secara bersendirian pada Ahad lalu kira-kira pukul 4 petang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

“Mangsa juga memberitahu tidak dapat menghubungi sesiapa bagi mendapatkan bantuan kerana semua barangan peribadinya hilang semasa kejadian,” ujarya.

Tambah beliau, pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan stabil sebelum diserahkan kepada polis untuk diambil keterangan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN