fbpx
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Padang Perahu, Jitra petang tadi. - Foto JBPM KEDAH

Lelaki melecur 70 peratus cuba padam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seorang lelaki melecur hampir 70 peratus pada badan ketika mangsa dipercayai cuba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Padang Perahu, di sini hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.32 petang.

Katanya, pihaknya juga menerima maklumat daripada polis bahawa terdapat seorang mangsa melecur.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra bersama Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dua tingkat dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan struktur rumah,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, seorang lelaki dewasa yang merupakan penghuni rumah itu mengalami kecederaan melecur ketika cuba memadamkan kebakaran.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, operasi pemadaman masih diteruskan ketika ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN