fbpx

Berjaya Group saman kerajaan, tamatkan kontrak ketika Muhyiddin jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vincent Tan

PETALING JAYA – Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MOF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada mereka pada 2020.

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata, LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan telah ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2020.

“Mereka telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV). Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta.

“Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjanjian penjualan saham di antara Berjaya Corporation Bhd dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd hari ini.

Terdahulu, melalui perjanjian tersebut, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) untuk pertimbangan tunai RM700 juta.

Tambah Tan lagi, bidaan yang dilakukan oleh JV tersebut adalah yang paling rendah daripada semua pembida.

“Ketika itu Naza memiliki 51 peratus kepentingan di dalam JV dan 49 peratus oleh Berjaya. Pegangan kepentingan dalam JV ini telah berubah, dengan Berjaya kini memegang 40 peratus kepentingan.

“Saya berharap agar kami akan mendapat keputusan yang memihak kepada kami di mahkamah nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI