fbpx
Gambar hiasan

Pelarasan perbelanjaan tidak jejas perkhidmatan rakyat- MoF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala semua perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan diteruskan seperti diluluskan Belanjawan 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, ia termasuk perbelanjaan teras untuk kementerian kritikal seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang merupakan antara kementerian mempunyai peruntukan tertinggi.

“Panduan pelarasan perbelanjaan termasuk langkah seperti penangguhan penganjuran acara, menghadkan kunjungan dan latihan luar negara, penjimatan utiliti, mengoptimakan rizab simpanan agensi serta penangguhan pengisian jawatan bukan kritikal.

“Selaras dengan pengurusan kewangan negara dengan bertanggungjawab, langkah pelarasan ini mengikut keutamaan penting untuk mewujudkan ruang fiskal.

“Ia bagi membiayai bantuan dan subsidi bersasar untuk melindungi golongan dan sektor rentan yang terkesan daripada krisis bekalan global,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata MoF, pihaknya akan terus berusaha secara proaktif dan sistematik untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan yang optima bagi memperkukuh daya tahan negara dalam berhadapan krisis berkenaan.

“MOF juga komited untuk memperkukuh keupayaan tindak balas krisis dengan meneliti pendekatan yang seimbang dengan memastikan perkhidmatan asas terus dibiayai.

“Ia termasuk sokongan kepada ekonomi kekal mencukupi dan pada masa yang sama kedudukan kewangan negara kekal kukuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN