fbpx

Puasa sunat, solat sunat tahajud rahsia kembar cemerlang STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairun Najiha (kiri) dan Khairun Najiyya (kanan) menunjukkan keputusan STPM kepada ibu mereka di KISAS, Klang, hari ini. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Amalan berpuasa sunat dan solat sunat tahajud menjadi rahsia kejayaan kepada pasangan kembar memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), hari ini.

Khairun Najiha Abd. Razak dan Khairun Najiyya, 20, yang merupakan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 3.75.

Menurut Khairun Najiha, dia bersama kakaknya mengamalkan dua ibadah sunat itu sebagai salah satu ikhtiar supaya Allah dapat mengurniakan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Alhamdulillah, kami berdua berjaya mendapat PNGK yang sama iaitu 3.75 walaupun pada awalnya menyasarkan untuk memperoleh 3.5 sahaja.

“Kebiasaannya kami menelaah pelajaran sebaik sahaja menunaikan solat sunat tahajjud hampir setiap hari sepanjang pengajian,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan STPM di KISAS di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI