fbpx
HAAYIE dan Haayul selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi hari ini.

Dari Kelantan ke Kota Tinggi, kembar turun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Jarak jauh serta tempoh perjalanan yang memenatkan dari Kelantan ternyata tidak menjadi penghalang buat seorang wanita untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi bersama pasangan kembarnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Haayie Hadman, 28, berkata, dia sanggup meredah kepenatan itu demi memastikan dapat membuang undi serentak dengan adik kembarnya, Haayul Hadman, 28 di Sekolah Kebangsaan Bandar Easter di sini.

​Menurutnya dia kini menetap di Kelantan selepas mendirikan rumah tangga dan tidak sanggup melepaskan momen tersebut memandangkan pada pilihan raya yang lalu, mereka berdua menunaikan tanggungjawab itu bersama-sama.

​”Kali terakhir kami membuang undi, kami pergi berdua sama-sama. Tetapi sejak saya berkahwin dan ikut suami pindah ke Kelantan, memang jarang dapat buat aktiviti berdua.

​”Bila tiba hari mengundi kali ini, saya beritahu suami yang saya sanggup redah perjalanan hampir 10 jam asalkan dapat balik dan mengundi dengan Haayul,” katanya ketika ditemui di SK Bandar Easter hari ini.

​Sementara itu, bagi Haayul, kepulangan kakaknya itu sememangnya amat dinantikan kerana mereka mempunyai ikatan kembar yang sangat rapat sejak kecil.

​”Bila kakak beritahu dia tekad nak balik dan undi sama-sama, saya rasa sangat terharu. Walaupun dia sudah bina kehidupan baru di negeri orang, dia tetap cari jalan untuk kami teruskan tradisi mengundi bersama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN