fbpx
Kor Ming (tengah) pada sidang akhbar khas berhubung Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Bandar Diraja di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

Pas, tolong kongsi kad laporan prestasi anda – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pas diminta berkongsi kad laporan prestasi sepanjang meneraju tiga negeri serta tidak hanya mendabik dada di atas pembangunan dan kebajikan yang tidak seberapa.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, beliau turut mempersoalkan bentuk pembangunan dibangunkan Pas di tiga negeri itu berbanding prestasi memberangsangkan di negeri-negeri bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri dipimpin PH telah mengemukakan laporan prestasi yang memberangsangkan.

“Saya minta negeri ditadbir parti penunggang agama supaya tunjukkan kad prestasi anda sepanjang memerintah di tiga negeri itu. Apakah pencapaian kamu selama ini? Selama 32 tahun pimpin pun bekalan air bersih tidak dapat selesai.

“Semalam ada seorang Timbalan Menteri Besar dakwa Kelantan ada pembangunan dan buktinya ada pusat beli-belah, Aeon Mall di Kota Bharu. Saya mahu tanya pusat beli-belah itu dibina oleh kerajaan negeri atau syarikat?

“Saya rasa dakwaan itu tidak boleh diterima dan ia bukanlah usaha kerajaan negeri sebaliknya pelabur. Saya hairan kenapa pusat beli-belah itu dianggap mercu tanda pembangunan di negeri serambi Mekah itu,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja, di sini hari ini.

Katanya, berbeza dengan Selangor, kerajaan negeri bawah pentadbiran PH banyak membela kebajikan rakyat dari dalam buaian sehingga ke liang lahad menerusi pelbagai insentif dan program bantuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN