fbpx

Ganti rugi RM2.6 juta selepas guru mati akibat kerja lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru sekolah meninggal dunia selepas dia kerja lebih masa berlebihan. - Foto Sora News 24

TOKYO – Sebuah mahkamah daerah di Jepun kelmarin memerintahkan pentadbiran wilayah Toyama dan bandar Namerikawa membayar pampasan 83 juta yen (RM2.6 juta) kepada keluarga seorang guru sekolah yang meninggal dunia pada 2016, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Guru itu dilaporkan meninggal dunia selepas diserang strok akibat kerja lebih masa.

Isteri dan dua anak guru itu yang berusia dalam lingkungan 40-an memfailkan tuntutan mahkamah pada Oktober 2019 dan meminta pampasan kira-kira 100 juta yen (RM3.2 juta). Mereka mendakwa pentadbiran tempatan gagal menguruskan waktu kerja dengan betul.

Menurut saman tersebut, lelaki itu mengajar sains di sebuah sekolah menengah rendah di  Namerikawa. Selain itu, dia juga ialah  guru kelas serta menyelia kelab tenis sekolah perempuan  tersebut.

Pada Julai 2016, dia mengalami pendarahan otak ketika berada di rumah dan meninggal dunia 18 hari kemudian pada Ogos 2019.

Dia bekerja lebih masa 137 jam pada bulan berkenaan sebelum diserang strok.

Guru sama juga bekerja lebih masa selama 155 jam sebulan sekali gus melanggar garis panduan kerana kerajaan menetapkan 80 jam kerja lebih masa dalam  sebulan.

Guru tersebut hanya mengambil cuti rehat sehari sepanjang 53 hari dia bertugas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI