fbpx

Lokasi jauh antara cabaran SAR Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat meneruskan usaha mencari dua lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman semalam. – PUQTRA HAIRRY

KEMAMAN – Biarpun agak keletihan setelah bertungkus-lumus lebih 72 jam, pasukan mencari dan menyelamat tetap komited menjejak dua lagi mang­sa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih yang masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi kepala air yang melibatkan 10 mangsa antara terbesar pernah berlaku di negara ini.

“Kes kepala air yang menimpa keluarga tersebut hanya diketahui apabila mayat pertama (Azizah Eiyi, 40,) dijumpai di Kampung Pasir Gajah selepas hampir 20 jam tragedi.

“Lokasi kejadian di Jeram Mawar agak terpencil di pinggir hutan,” katanya kepada Kosmo!.

Azman berkata, struktur muka bumi di kawasan sekitar yang berubah akibat ledakan kepala air setinggi lebih lima meter juga menyukarkan pencarian.

Kata beliau, kedalaman air Sungai Air Putih, Teladas dan Kemaman berhampiran sehingga kelmarin meningkat sehingga lima meter walaupun kebiasaannya cuma 1.5 meter.

“Sisa kayu, lumpur dan ba­tuan yang dibawa kepala air menyebabkan air sungai menjadi keruh, yang bukan sahaja menjejaskan penglihatan selain be­risiko buat anggota penyelamat terutama bagi aktiviti selaman.

“Dasar sungai di kawasan sektor B terutama di Kampung Tayor dan Kampung Teladas juga masih mempunyai banyak cerucuk tajam bekas jambatan lama telah dirobohkan yang berbahaya kepada kami,” katanya.

Azman berkata, mereka juga menghadapi masalah perhubu­ngan berikutan kelemahan liputan telekomunikasi terutama di sektor A di sekitar Jeram Mawar.

“Cuaca yang tidak menentu termasuk kemungkinan berlaku semula kepala air menyebabkan operasi SAR harian terpaksa dihentikan seawal pukul 5 petang.

“Biarpun penuh cabaran, pa­sukan SAR kuatkan mental bagi memikul amanah sehingga semua mangsa berjaya ditemui secepat mungkin,” katanya.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Karim Abdullah, 39, dan isteri, Azizah serta tujuh anak mereka dan seorang bakal tunang dihanyutkan kepala air sewaktu berkhemah di jeram itu.

Setakat ini, lapan mayat telah dijumpai, manakala dua lagi iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih belum ditemui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI