fbpx
STRAND LARSEN meledak gol ketiga Palace ketika mereka mengecewakan Shakhtar di tempat sendiri awal pagi semalam. - AFP

Liga Konferens Europa: Palace letak sebelah kaki di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DONETSK – Crystal Palace semakin hampir untuk mencipta sejarah apabila meletakkan sebelah kaki ke pentas final Liga Konferens Europa selepas membenam Shakhtar Donetsk 3-1 pada aksi separuh akhir pertama awal pagi semalam.

Ismaila Sarr meledak gol pembukaan Palace hanya dalam tempoh 21 saat selepas perlawanan dimulakan sebelum Daichi Kamada meledak gol kedua dan Jorgen Strand Larsen menutup malam cemerlang, sementara tuan rumah meraih gol sagu hati menerusi Oleh Ocheretko.

Keputusan itu menyaksikan Palace membawa pulang bekalan yang agak selepas menjelang aksi separuh akhir kedua minggu depan di Selhurst Park, namun pengurusnya, Oliver Glasner mahu seluruh pasukannya meletakkan mereka dalam mod waspada.

“Keseluruhannya kami berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan, tetapi ia baru langkah pertama. Kami perlu balik dan menganalisis perlawanan dan saya percaya kami mampu bermain dengan lebih baik untuk melangkah ke final di Leipzig nanti.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang hebat, penuh karakter dan memiliki semangat yang luar biasa. Bagi saya, ia adalah ‘separuh masa pertama’ yang baik dengan kelebihan 3-1, itu sahaja. Kami tidak boleh terlalu meraikannya kerana masih ada tugas,” jelasnya.

Sementara itu, Strand Larsen mengakui gembira apabila meledak gol pertamanya di pentas Eropah dan menganggap jaringan itu hadir pada waktu yang tepat.

“Saya memerlukan jaringan itu. Saya tidak bernasib baik ketika menentang Liverpool menyebabkan tahap keyakinan menurun, tetapi gol ini mengembalikan semula semangat saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN