KEJAYAAN filem Michael yang merupakan naskhah biopik penghibur ternama dunia, mendiang Michael Jackson mencetuskan idea baharu dalam kalangan netizen.
Bukan mahu meniru gaya Jackson sebaliknya ramai mencadangkan penerbit tanah air menghasilkan karya biopik penghibur tanah air, Allahyarham Sudirman, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak.
Rata-rata berpendapat, perjalanan hidup Sudirman sangat menarik untuk dipersembahkan di layar lebar.
Bukan itu sahaja, ramai juga menyusulkan cadangan watak Sudirman dipegang Que Haidar kerana dikatakan mempunyai wajah yang seiras.
“Que Haidar adalah orang yang tepat untuk pegang watak Sudirman. Tolong realisasikan.
“Selain Que, Amir Masdi pun sesuai kalau nak jadi Sudirman, pakej boleh menyanyi,” kata netizen.














