fbpx
Mohd. Nawi (dua dari kiri) selepas diselamatkan pasukan SAR di Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun hari ini.

‘Hampir diserang beruang matahari, saya sempat sergah haiwan itu lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Membaca ayat al-Quran menjadi azimat buat pencari kayu gaharu, Mohd. Nawi Ismail, 55, selepas lima hari tersesat dalam Hutan Simpan Bukit Bauk di sini sebelum diselamatkan pasukan penyelamat hari ini.

Katanya, sepanjang terkandas di dalam hutan, lelaki tersebut pernah dua kali hampir diserang beruang matahari.

“Dua malam terturut-turut (semalam dan kelmarin), saya hampir dua kali diserang beruang matahari. Nasib baik saya sempat sergah dan haiwan buas itu lari.

“Sepanjang lima hari saya hanya meminum air akar kayu yang dicabut dalam hutan disebabkan ketiadaan bekalan makanan,” katanya ketika ditemui di pinggir Hutan Simpan Bukit Bauk hari ini.

Terdahulu, mangsa yang tersesat dalam hutan simpan selepas mencari kayu gaharu pada Jumaat lalu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan oleh pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Mohd. Nawi berkata, dia yang tersedar selepas tersesat cuba menghubungi adiknya, Surini, 42, dan rakannya, Azman Abdul Wahab, 36, namun kedua-dua lelaki tersebut gagal mencarinya.

“Mereka tetap tidak jumpa saya. Biarpun kelaparan, saya tidak henti-henti membaca ayat al-Quran dan sekali sekala melaungkan azan bagi menguatkan semangat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN