fbpx
Anggota bomba melakukan pencarian di sekitar kawasan Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

90 anggota bomba, penduduk giat cari Khairil Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seramai 90 anggota bomba dan masyarakat setempat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Puncak Alam di sini.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Samsol Maarif Saibani berkata, operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu diperluas hingga ke Sungai Buloh melibatkan radius sejauh 15 kilometer (km).

Menurutnya, langkah itu diambil susulan kemungkinan mangsa, Khairil Izzani Khaizalullinudin dihanyutkan arus deras lebih jauh dari lokasi asal.

“Pos Kawalan Bomba (PKB) turut dipindahkan ke Balai Masyarakat Taman Alam Jaya bagi melancarkan penyelarasan operasi. Jarak dari lokasi mangsa terjatuh ke muara Sungai Buloh adalah 5km,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, sekiranya tiada petunjuk ditemui di laluan awal, pencarian akan diteruskan menyusuri Sungai Buloh hingga ke Sungai Selangor melibatkan penambahan jarak sejauh 10km.

Tambahnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota bomba diagihkan di beberapa lokasi strategik sepanjang laluan tersebut dengan pencarian dilakukan berulang kali bagi memastikan tiada petunjuk yang terlepas pandang.

“Jika masih tiada penemuan, operasi akan diperluas hingga ke Sungai Selangor,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak dipercayai lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan ke dalam longkang berarus deras ketika hujan lebat. Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 7.47 malam kelmarin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN