SINGAPURA – Kumpulan trip-hop Britain, Massive Attack dilarang mengadakan persembahan di Singapura selepas siasatan mendapati dua anggotanya mengibarkan bendera Palestin semasa konsert, kata polis.
Dua anggota Massive Attack yang memegang bendera di atas pentas konsert pada Rabu lepas turut dilarang daripada memasuki semula Singapura dan dikenakan amaran, kata polis dalam satu kenyataan lewat semalam, tanpa menamakan mereka.
Singapura melaksanakan undang-undang ketat mengenai ucapan awam dan melarang paparan terbuka semua bendera asing, lambang kebangsaan atau sepanduk tanpa permit.
“Walaupun penganjur acara mengaku mengetahui syarat permit, dua anggota kumpulan itu memegang bendera asing di atas pentas, dan salah seorang daripada mereka juga melaungkan slogan Free Palestine.
“Pengawal selia media tidak akan meluluskan sebarang permohonan pada masa hadapan bagi persembahan kumpulan itu di Singapura memandangkan larangan kemasukan tersebut, kata polis.
Penganjur konsert belum menjawab permintaan AFP untuk ulasan. – AFP














