fbpx
MOHD. SYAMIM (dua dari kiri) bersama sebahagian kakitangannya.

Tauke bundle umur 24 tahun raih jualan RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat asal untuk mencari wang sampi­ngan selepas tamat Sijil Pelajaran ­Malaysia (SPM), namun perniagaan bundle atau pakaian terpakai yang diusahakan Mohd. Syamim Izzat Dzul Ismie kini bertukar sebagai pendapatan utama.

Pada usia 24 tahun, Mohd. Sya­mim sudah merasai hasil jualan yang mencecah RM2.7 juta sebagai pembekal pakaian terpakai untuk dieksport ke luar negara.

Menurut pemilik Maxmym Bundle Warehouse itu, perjalanannya sebagai seorang ahli perniagaan penuh berliku, namun dia berjaya mengatasinya dengan baik.

“Berbekalkan duit RM150 selepas tamat tingkatan lima, saya membeli satu guni pakaian terpakai dan menjualnya di Instagram. Pada waktu malam, saya menjual pakaian menerusi carboot di lokasi tumpuan ramai.

“Perniagaan ini mula rancak sewaktu pandemik Covid-19. Waktu itu saya rasa bersyukur kerana dapat menggaji rakan-rakan yang dibuang kerja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Sekarang kami memiliki gudang sendiri.

“Pada awalnya, saya bercita-cita mahu bergelar kaunselor, tetapi dalam perniagaan ini juga saya mampu terapkan apa yang saya belajar seperti mengawal emosi, perhubungan awam dan macam-macam lagi.

“Bagi saya ilmu itu penting tidak kira sekaya mana perniagaan kita,” kata graduan psikologi itu.
Dia tidak pernah menyangka percubaannya dalam perniagaan membuahkan hasil yang hanya bersandarkan kepada minat pakaian rare serta vintage.

“Saya tidak pernah menyesal mengorbankan usia remaja dengan menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan ini.

“Berniaga ini merupakan minat saya. Saya bersyukur dengan pencapaian sekarang,” katanya.

Lebih menggembirakan, Sya­mim mampu membeli kereta Proton Jenis X50 untuk diha­diahkan kepada kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka menunaikan umrah hasil perniagaan pakaian terpakai itu.

Syamim juga memiliki kereta Mercedez AMG A45 dan sebuah kondominium di Kajang.

Pemuda itu memberitahu, dia juga banyak menerima kritikan daripada orang ramai mencadang­kan kerjaya di bidang profesional dan sektor awam yang lebih terjamin masa depan.

“Bagi saya itu rezeki masing-masing dan kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Bila kita fokus untuk sesuatu perkara, kejayaan akan datang.

“Ramai tidak sangka saya bergelar pemilik perniagaan pada usia muda. Biasanya mereka yang terlibat bundle adalah ‘otai’ (orang lama),

“Konsisten adalah kunci berjaya dalam berniaga. Pada masa sama sentiasa memperbaharui keunikan dalam perniagaan termasuk mempromosinya di TikTok,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN