fbpx

Gempar lembu korban lari terjun lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lembu yang melarikan diri di Kampung Limbong, Paka, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang penternak cemas apabila seekor lembu ditempah pelanggannya untuk ibadah korban tiba-tiba bertindak melarikan diri di Kampung Limbong, Paka di sini semalam.

Lembu tersebut melarikan diri sebaik tiba di pekarangan rumah individu yang mahu mengorbankannya pada pukul 1.30 tengah hari.

Menceritakan detik cemas itu, Zairadi Mohamad, 48, berkata, lembu itu tiba-tiba merentap tali sewaktu mahu diturunkan dari lori.

“Sewaktu hendak menurunkan lembu itu dari lori, belum sempat saya ikat tali pada sebatang pokok tiba-tiba haiwan tersebut merentap menyebabkan talinya terlucut.

“Haiwan yang dianggarkan seberat 70 kilogram tersebut bertindak terjun dari lori untuk melarikan diri. Kami berusaha mengejarnya namun gagal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Zairadi berkata, dia kemudian membuat hebahan mencari lembu hilang itu di aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Dia yang menetap di Rasau di sini dimaklumkan haiwan tersebut dilihat berada di sekitar Kampung Bukit Merah di sini iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasinya melarikan diri.

“Setakat ini, usaha mencari lembu tersebut masih giat dilakukan. Mujurlah pelanggan saya akan menjalani ibadah korban pada hari raya (haji) kedua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI