fbpx

Mahkamah: 4 termasuk dua polis didakwa merompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki termasuk dua anggota polis berpangkat sarjan yang bertugas di Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki di sebuah kondominium pada bulan lalu.

Kesemua tertuduh iaitu Ahmad Shahrizan Ab Rahman, 42, dan Mohamad Shawal Chekman, 40, yang merupakan anggota polis serta dua orang awam Khairul Anwar Ahmad, 40, dan Muhammad Firdaus Zainal, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mereka dengan niat bersama melakukan rompakan berkumpulan ke atas Mohammad Syafiq Hazane Dzulfikri, 25, di sebuah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini pukul 8.30 malam pada 25 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd. Latip tidak menawarkan ikat jaminan berikutan pertuduhan tersebut tidak boleh diikat jamin.

Peguam Yazzer Azzad Zainudin yang mewakili Ahmad Sharizan dan Mohamad Shawal memohon jaminan dengan alasan dua anak guamnya itu masih bertugas hingga ke hari ini.

“Jika ada syarat tambahan lain boleh melaporkan diri ke balai polis berdekatan,” katanya.

Sementara peguam Mohamad Rohan Mohamad Razi yang mewakili Khairul Anwar dan Muhammad Firdaus memohon jaminan RM3,000 bagi setiap anak guamnya.

“Khairul Anwar dan Muhammad Firdaus adalah orang awam. Saya mohon jaminan dibenarkan RM3,000 terhadap setiap mereka,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 31 Julai ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI