fbpx

Suspek samun kondominium Mac 2024 akhirnya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan di sebuah unit kondominium di Jalan Dua, Chan Sow Lin, di sini, pada Mac 2024.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia lewat 20-an itu diberkas hasil risikan dan maklumat berterusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Katanya, suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari pada Jumaat lalu di tepi Jalan Sungai Jelok, Kajang.

“Bertindak atas maklumat dan risikan berterusan, sepasukan polis dari D9 IPD Cheras telah berjaya menahan seorang suspek lelaki.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas sehelai seluar jeans dan sepasang kasut yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 11 hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN