fbpx

Kasih adik, cekal jaga abang terlantar sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslin Hisham dan Maslan ketika menyantuni dua beradik berkenaan sempena Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Peringkat Daerah Jelebu di Kampung Kuala Pah, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

JELEBU – Seorang wanita tidak pernah merasa beban menjaga abangnya, Abd Razak Mohamad, 72, yang terlantar akibat strok sejak dua minggu lalu kerana ia merupakan tanggungjawab dia bersama adik beradik lain.

Nor Aini, 56, berkata, abangnya yang merupakan anak kedua sudah banyak berkorban menjaga mereka lapan beradik semasa kecil dan tidak pernah merungut melayan kenakalan mereka sewaktu kecil dahulu.

Menurutnya, lelaki itu yang bekerja sebagai penoreh getah dan belum pernah berkahwin terkena serangan strok dua minggu lalu sehingga menyebabkan badannya lumpuh sebelah badan.

“Bagi saya memang dah tanggungjawab kami adik-beradik untuk menjaga antara satu sama lain. Selain saya ada tiga lagi adik-beradik saya yang akan sering datang ke rumah pusaka ini bagi menjaga abang.

“Sebelum jaga abang, kami jaga ibu bapa kami yang juga terlantar. Apa sangat urus berak, kencing. Kita tawakal dan ini merupakan rezeki untuk jaga darah daging sendiri,” katanya kepada pemberita sempena Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Peringkat Daerah Jelebu di Kampung Kuala Pah, di sini, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Sembilan, Roslin Hisham Abd Hamid serta Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin menyampaikan sumbangan berupa katil boleh laras, lampin pakai buang dan lain-lain keperluan bersesuaian kepada Abd Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI