fbpx

Search bakal takluk Johor adakan konsert 25 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA kumpulan Search Din, Yann dan Kid bergambar bersama Bikers Johor pada sidang media sempena konsert Search Voyage Of Asia Featuring XPDC pada 25 November di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Setelah sukses dengan Konsert Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, pada Jun tahun lalu, kumpulan Search kini bakal menakluk Johor Bahru, hujung tahun ini.

Johor Bahru menjadi destinasi pertama bagi konsert Search Voyage of Asia yang bermula November ini di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri sebelum terbang ke Sabah (Februari 2024) dan Bandung, Indonesia (Oktober 2024).

Menurut pemain gitar Search, Nordin Mohd. Taib atau lebih dikenali sebagai Din, venue pertama itu cukup sebati dengan kewujudan band rock legenda tanahair itu yang mula bertapak di negeri ini.

Din berazam akan menggamatkan Kompleks Sukan Educity dengan memberikan persembahan bertenaga seperti yang disajikan di bumbung Pusat membeli belah Campbell.

“Seperti konsert yang lalu, Kita akan terus berdamping dengan Denden Gonjalez sebagai vokalis. Yang menariknya kali ini, kita akan mempersembahkan lagu-lagu yang berbeza.

“Kita tidak mahu asyik bermain lagu yang sama sedangkan kita ada banyak lagi lagu ‘hits’ yang lain. Kalau dulu, Amy yang pilih lagu dan asyik pilih lagu yang sama sahaja, kita tak mahu seperti itu lagi.

“Kita mahu penonton didendangkan dengan pengalaman yang berbeza serta disajikan dengan persembahan yang memukau, itu janji Kita,” katanya pada sidang media sempena konsert Search Voyage Of Asia di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour, di sini semalam.

Konsert yang berlangsung pada 25 November itu bakal menyaksikan Search akan berkongsi pentas dengan sebuah lagi kumpulan rock legenda tanahair iaitu XPDC.

Ini adalah tribute buat kumpulan XPDC yang kehilangan penyanyi, Syed Ismail Syed Ibrahim atau dikenali sebagai Mail yang meninggal dunia pada 27 April lalu dan posisi itu diisi oleh Ary Fahrenheit sebagai vokalis yang baharu.

Sementara itu, penganjur Konsert, Adib Abdullah menjangkakan sambutan yang luar biasa dirasai peminat dengan persembahan dari kumpulan rock tersohor itu.

Katanya, tiket konsert itu akan mula dijual pada 7 Julai ini dengan dua cara sama ada atas talian mahupun fizikal semasa road tour dijalankan di negeri ini.

“Harga tiket yang ditawarkan pada Konsert ini terbahgi kepada empat kategori iaitu VIP, Rock, Legenda dan Voyage yang bermula dari RM158 hingga RM608.

“Setiap lokasi kami akan menjemput artis berlainan. Malah konsert di Johor juga Search akan membawakan lagu-lagunya yang lain, yang jarang dibawakan dan didendangkan dalam konsert sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI