fbpx

Junjung titah Sultan Kedah realisasi projek KXP – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berharap pihak berkaitan dapat menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, supaya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dapat direalisasikan.

Katanya, beliau juga tidak akan berhenti dalam meneruskan usaha untuk merealisasikan projek tersebut.

“Saya harap titah Tuanku Sultan Kedah ini tak ada orang yang ingkar. Janganlah kita menjunjung titah bila sebulu dengan kita, bila tak mahu atau tak sebulu, kita ingkar.

“Kita dah berikrar ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara, kena setialah kerana ia Rukun Negara. Saya tak pernah berhenti dan akan buat apa sahaja untuk merealisasikan projek itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di sini semalam.

Kata beliau, pihak berkaitan juga perlu mengenepikan sebarang kepentingan peribadi berhubung pelaksanaan projek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI