fbpx

JBPM Perak terima 296 kes kebakaran terbuka dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYANI (kiri) memakaikan tanda pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Meru Raya di Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Sebanyak 296 kes direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membabitkan kebakaran terbuka di negeri ini dalam tempoh sebulan sejak Mei lalu.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, kebakaran membabitkan belukar atau lalang merekodkan statistik tertinggi iaitu 223 kes diikuti sampah dengan 50 kes manakala hutan dan kebun masing-masing dengan 14 dan sembilan kes.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Manjung dan Sitiawan merupakan balai yang merekodkan kes tertinggi bagi kebakaran terbuka.

“Ada beberapa kawasan panas yang dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran antaranya di Ipoh, Sitiawan, Pasir Puteh, Meru dan Simpang Pulai. Kebanyakan kes melibatkan belukar di mana terkini di Bagan Serai iaitu kebakaran bukit.

“Kita minta kerjasama orang awam terutama pekebun yang mahu membersihkan kebun masing-masing agar jangan melakukan pembakaran terbuka. Dalam keadaan cuaca begini (panas), ia akan menyebabkan kebakaran merebak lebih cepat. Kita tidak mahu kebakaran yang berlaku menyebabkan kerugian yang lebih besar kepada masyarakat,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejak Januari lalu, sebanyak 5,268 panggilan diterima JBPM Perak membabitkan kes kebakaran (1,775), penyelamatan (3,487) dan tugas-tugas khas (6). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI