fbpx

Kerjasama Perkeso, syarikat swasta capai sasaran 500,000 pencarum suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmasita (dua dari kanan) menyerahkan dokumen SKSSR kepada wakil sebuah syarikat swasta di Pejabat Perkeso Kelantan, Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi mencapai sasaran 500,000 pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sosial Bahagian Sinergi Perkeso, Rosmasita Mohamed berkata, setakat ini, seramai 177,858 suri rumah seluruh negara telah mencarum dalam SKSSR.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu dilihat masih jauh untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan Perkeso pada tahun ini.

“Dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut, Perkeso akan terus mengadakan program libat urus dan kerjasama dengan pelbagai agensi, majikan dan kesatuan sekerja di seluruh negara.

“Kita juga menggalakkan suri rumah supaya menyertai SKSSR kerana pelbagai manafaat yang diteruma dengan hanya bayaran RM120 setahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Libat Urus SKSSR Bersama Jabatan Kesatuan Sekerja Negeri Kelantan dan Terengganu di Pejabat Perkeso Kelantan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rosmasita memberitahu, skim terbabit telah diperkenalkan Disember tahun lalu untuk semua pencarum yang terdiri daripada golongan suri rumah.

“Ada majikan yang prihatin apabila menaja pekerja bagi pihak isteri masing-masing untuk mencarum skim tersebut dengan membuat potongan gaji RM10 sebulan.

“Beberapa majikan di Kelantan telah mencarum untuk pekerjanya dengan mendahulukan wang syarikat sebelum membuat potongan gaji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI