KLUANG – DAP akan menawarkan 17 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, termasuk menampilkan lebih ramai calon wanita sebagai sebahagian usaha memperkukuh peranan golongan itu dalam kepimpinan politik parti.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, daripada jumlah itu, 10 merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), empat calon akan bertanding semula di kawasan yang tewas pada pilihan raya lalu, manakala empat lagi melibatkan kerusi tambahan.
“Pada Sabtu ini saya akan turun ke Johor Bahru untuk mengumumkan beberapa calon di kawasan Johor Bahru, khususnya di Johor Jaya, Tiram, Bukit Permai dan Senai,”katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon DAP di Jalan Ismail di sini malam ini.
Anthony Loke berkata, baki calon DAP akan diumumkan Isnin depan bersama calon-calon lain mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam majlis yang dijadual disempurnakan Perdana Menteri.-KOSMO! ONLINE














