fbpx

Batal kahwin kerana keluarga bergaduh mengenai kari kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis itu sanggup membatalkan perkahwinan hanya kerana isu daging kambing yang dibangkitkan oleh keluarga bakal pengantin lelaki di Ainthapali baru-baru ini. - India.com

NEW DELHI – Seorang gadis di India membatalkan perkahwinannya selepas keluarga tunangnya mendesak agar kari kambing disediakan sebagai hidangan di majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita The New Indian Express kelmarin.

Insiden yang berlaku di Ainthapali, dalam negeri Odisha, pada 11 Jun lalu itu mendapat pujian ramai berikutan keberanian gadis tersebut membatalkan perkahwinan selepas rombongan pengantin lelaki tiba di majlis berkenaan.

Kejadian itu diceritakan Rabu lalu apabila gadis yang merupakan seorang siswazah itu bersetuju mendedahkan kejadian insiden tersebut kepada media.

Menurutnya, majlis perkahwinan itu berlangsung dalam keadaan ‘rumit’ dan terdapat beberapa hidangan bukan sayur-sayuran disediakan untuk keluarga pengantin lelaki serta ahli perarakan perkahwinan.

Bagaimanapun, pengantin lelaki, saudara kandung dan bapanya bertengkar dengan keluarga sebelah perempuan mengenai kari kambing.

“Mereka memarahi ahli keluarga saya mengenai kari kambing pada kira-kira pukul 12.30 pagi (waktu tempatan). Bapa saudara saya bersama ahli keluarga lain memohon maaf dan cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap mahukan hidangan kari kambing,” katanya.

Gadis itu berkata, dia amat kecewa melihat pengantin lelaki tidak memberi sebarang respons kepada ahli keluarganya mengenai isu tersebut.

“Saya enggan berkahwin dengannya. Siapa tahu, bagaimana saya akan dilayan jika saya berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu. Saya akan fokus pada pelajaran dan kerjaya saya sekarang,” kata gadis itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI