fbpx

Sorok heroin dalam bekas produk minuman suplemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamisan (tengah) ketika sidang akhbar rampasan heroin yang disorok di dalam bekas produk minuman suplemen di Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai, hari ini. Foto IQBAl HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya membongkar taktik sindiket penyeludupan dadah yang menyembunyikan 1.412 kilogram (kg) heroin di dalam bekas produk minuman suplemen, Selasa lalu.

Pengarah Kastam negeri, Hamisan Kalip berkata, ini susulan penemuan satu kotak bungkusan dari sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran atau kurier yang terkenal di Kompleks Kargo Udara Kedua, Batu Maung kira-kira pukul 3.36 petang.

Terdahulu katanya, dadah itu dijumpai disorok di dalam tiga bekas daripada enam yang mengandungi serbuk minuman suplemen yang cuba dieksport ke luar negara.

“Anggaran berat keseluruhan serbuk warna putih yang disyaki heroin itu adalah seberat 1.412 kilogram (kg) dengan nilai pasaran yang dianggarkan berjumlah RM132,375.

“Berdasarkan hasil risikan dan maklumat yang diperoleh, bungkusan itu dipercayai cuba dikirimkan oleh seorang individu ke salah sebuah negara di kepulauan Oceania,” katanya pada satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Hamisan, selain menyorokkan dadah ke dalam bekas produk minuman suplemen kesihatan, sindiket berkenaan turut mengikrar bahan terlarang itu sebagai sebahagian daripada produk terbabit dalam Borang Kastam 2 (K2) untuk dieksport.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan rotan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati,” ujar beliau.

Tambah Hamisan, ketika ini, pihaknya telah mengenal pasti identiti pengirim bungkusan tersebut yang dipercayai seorang warga tempatan namun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI