fbpx

Kastam Pulau Pinang rampas arak, gaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamisan (tengah) ketika sidang akhbar rampasan gaharu dan arak di Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai, hari ini. Foto IQBAl HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya merampas sejumlah minuman keras pelbagai jenama dan beberapa bungkusan plastik berisi kepingan kayu spesies gaharu atau ‘agarwood’ dalam dua pemeriksaan berasingan, Mei lalu.

Pengarahnya, Hamisan Kalip berkata, dalam pemeriksaan pada 8 Mei iaitu kira-kira pukul 10.05 malam, sepasukan anggota dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah melakukan pemeriksaan terhadap bagasi milik seorang penumpang warga asing di Balai Ketibaan Antarabangsa.

Menurutnya, dalam pemeriksaan itu, sebanyak tiga bungkusan plastik seberat 12.08 kg berisi kepingan kayu spesies gaharu disyaki tidak berkastam bernilai RM33,930 dengan cukai sebanyak RM1,696.50 telah dirampas.

“Siasatan mendapati, kepingan kayu itu dibawa masuk dari negara jiran bagi tujuan ibadat.

“Ketika ini, siasatan telah selesai dan penumpang terbabit telah dikompaun serta diarahkan membayar cukai terlibat manakala barang dagangan rampasan pula dirampas dan dilucuthak untuk pelupusan,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang tak berkastam (larangan).

Sementara itu katanya, dalam pemeriksaan pada 29 Mei pula, sebanyak 4,008 botol minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam yang dianggarkan bernilai RM423,367.50 dengan cukai sebanyak RM694,211.37 juga telah dirampas.

Jelas Hamisan, rampasan dilakukan pasukan Kastam Unit Marin Pulau Pinang di sebuah rumah di George Town dan pihaknya turut menahan dua orang suspek lelaki warga tempatan yang masing-masing berusia 40 dan 70 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, rumah tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan minuman-minuman keras yang disyaki tidak berkastam sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” ujarnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 kerana cubaan mengelak dengan fraudan duti kastam dan mengelakkan larangan import.

Selain itu jelasnya, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976 kerana cubaan mengelakkan dengan fraudan duti eksais. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI