fbpx

TH sedia lebih dua juta pek makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh (kanan) menceduk lauk untuk dimasukkan ke dalam pek makanan ketika melawat salah satu dapur di Mekah semalam.

MEKAH – Tabung Haji (TH) dijangka menyediakan lebih dua juta pek makanan sepanjang musim haji tahun ini meliputi makan tengah hari dan malam untuk kesemua 31,600 jemaah yang berada di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sehingga kelmarin sebanyak 287,241 pek makanan telah diedarkan kepada jemaah yang berada di Madinah dan Mekah.

Katanya, daripada jumlah itu, 153,551 diedarkan di Mekah manakala bakinya, 133,690 di Madinah. Setiap pek seberat 430 gram itu mengandungi nasi, protein dan sayur.

“Makanan itu dimasak di lapan dapur iaitu dua di Madinah dan lapan di Mekah. Mereka menyediakan hampir 10,000 pek makanan setiap hari.

“Pada waktu kemuncak haji, kita akan menyediakan 50,000 pek makanan sehari. Sebanyak 42 menu citarasa Malaysia dengan pelbagai jenis lauk disediakan berbanding hanya 28 pada tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Antara lauk disediakan termasuk tomyam, kari ikan, masak hitam, kurma dan masak lemak.

Terdahulu, Syed Saleh membuat lawatan di tiga buah dapur iaitu Restoran Retaj, Taghdiah Advanced Co. Ltd. dan Alwaf Katering di sini yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk beroperasi.

Menurut Syed Saleh, tujuan kepelbagaian menu itu ialah supaya memanjangkan kitaran bagi mengelakkan jemaah mendapat makanan sama dalam tempoh pendek, rasa jemu dan pembaziran. Jemaah akan bertemu dengan menu sama selepas 14 hari.

Tambahnya, TH menggunakan rempah premix yang telah diubah suai, pemeriksaan dan ujikaji yang panjang di Malaysia sebelum digunakan di sini.

“Bahan mentah pula diambil dari beberapa buah negara untuk mengekalkan kesegarannya. Kita membawa 18 tukang masak berpengalaman untuk memastikan penyediaan makanan mengikut piawaian dan susunan yang sepatutnya,” katanya.

Ujar Syed Saleh, saringan menu dibuat bersama dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan keseimbangan nutrisi.

Tambahnya, jemaah dinasihatkan untuk makan dalam tempoh dua jam selepas makanan diedarkan dan setiap pek mempunyai label tengah hari atau malam selain peringatan alahan.

“Maklum balas daripada jemaah mengatakan mereka suka menu yang disediakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI