fbpx
Vape akan memberi kesan sampingan dan menjejaskan tahap kesihatan kanak-kanak sekali gus pembelajaran mereka. – Gambar hiasan

Kanak-kanak hisap vape, telan nikotin boleh diserang sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang melaporkan kes keracunan vape atau rokok elektronik (e-rokok) terutamanya melibatkan kanak-kanak berumur di bawah lima tahun sejak 2019 telah meningkat dengan ketara sehingga ke hari ini.

Ketua Farmasinya, Sulastri Samsudin berkata, bagi tahun 2023, terdapat lapan kes pendedahan vape dilaporkan sehingga Mei lalu melibatkan kanak-kanak dan paling muda adalah bayi lapan bulan.

Beliau percaya banyak lagi kes yang tidak dilaporkan dan tidak semua diserahkan di bawah pemerhatian pihaknya (PRN).

Tambah beliau, antara kesan teruk yang bakal dihadapi kanak-kanak apabila mereka terdedah kepada vape dan nikotin adalah berlakunya sawan dan gejala kesihatan lain seperti sesak nafas, muntah serta cirit-birit.

Sulastri

“Kalau teruk, gejala yang dihadapi mangsa boleh berlarutan lebih dari tiga hari

“Mereka ini majoritinya telah terminum cecair isian semula vape yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sulastri mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk segera bawa anak ke hospital untuk rawatan sekiranya mendapati anak-anak anda tertelan cecair vape ini. Jangan cuba merawat secara sendiri kerana takut akan memberi kesan yang lebih teruk,” pesannya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan nasihat kercunan daripada PRN menerusi talian 04-653 6999.

“PRN juga menyediakan perkhidmatan ujian saringan nikotin dalam vape.

“Orang ramai boleh menghantar cecair vape ke PRNLAB untuk ujian saringan bagi tujuan penyelidikan, pelabelan produk dan rekod serta makluman individu.

Sebarang maklumat tentang perkhidmatan tersebut, orang ramai boleh melayari Facebook PRNLab Pusat Racun Negara. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN