fbpx

Jumlah kes baharu Covid-19 menurun 9.9 peratus minggu lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bilangan kes baharu Covid-19 turun sebanyak 9.9 peratus iaitu 5,801 kes berbanding 6,439 kes pada ME 21/2023 (21 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023).

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam menunjukkan penurunan dari 5.8 kepada 5.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 21/2023 berbanding ME 20/2023.

Peratus pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) dan peratus pengisIan katil bukan kritikal masing-masing menurun sebanyak empat peratus.

“Pada ME21/2023, sebanyak 113 varian baharu dilaporkan terdiri daripada 87 kes varian membimbangkan (VOC) dan 26 varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) dan kesemuanya ialah varian Omicron,” katanya.

Sehingga kini, jumlah kumulatif bagi kes XBB.1.16 (Arcturus) dan sublineages adalah sebanyak 50 kes yang kesemuanya merupakan kes tempatan.

Berdasarkan data sehingga 27 Mei 2023, 50 peratus atau 16,335,353 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus atau 823,317 sahaja menerima dos penggalak kedua.

Tambah beliau lagi, keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital juga tidak terjejas. Namun, risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

KKM mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dan memakai pelitup muka sekiranya mengunjungi fasiliti kesihatan, menaiki pengangkutan awam dan ketika berada di kawasan tertutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI