fbpx

Bakal bercerai, Syamsul-Puteri Sarah tetap berkawan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah (kanan) tetap menjalin hubungan baik dengan suami, Syamsul Yusof biarpun akan bercerai nanti.

SEJAK tahun lalu, kes cerai pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof antara yang paling mendapat perhatian ramai.

Macam-macam tohmahan, sokongan, dugaan dan prosedur yang perlu dilalui mereka untuk bercerai.

Kes cerai mereka pun dikatakan bakal sampai ke penghujung dan kedua-dua mereka juga dilihat mempunyai hubungan yang baik, tiada lagi perbalahan dalam media sosial.

Mungkin masa mematangkan mereka. Paling Diva tertarik ialah Sarah memberitahu statusnya dengan Syamsul ialah kawan baik. Sejuk hati membacanya.

“Kita sudah jadi kawan baik kan Syamsul.

“Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak sepanjang saya berada di Jakarta,” tulis Sarah dalam InstaStory baru-baru ini.

Mesti ramai yang menarik nafas lega seperti Diva. Mana tidaknya, kes mereka sebelum ini boleh dikatakan huru-hara juga sebab terlalu banyak kenyataan dan tuduhan dilemparkan terhadap satu sama lain.

Semoga kedua-dua mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing dan harap urusan lafaz cerai yang dinanti-nantikan Sarah sebelum ini berjalan dengan mudah serta tiada lagi kemelut.

DIVA: Kagum dengan pasangan yang bercerai tetapi kekal ada hubungan baik demi anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI