fbpx

Syarikat kaca Switzerland labur RM135 juta di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIN HANG (tengah) menyempurnakan majlis pecah tanah kilang pembuatan kaca Bucher Emhart Glass di i-Park, Senai Airport City, Kulai, hari ini.

KULAI – Johor telah menerima pelaburan baharu bernilai RM135 juta menerusi pembukaan kilang milik syarikat pembuatan kaca dari Switzerland iaitu Bucher Emhart Glass di i-Park, Senai Airport City, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, syarikat itu merupakan pembekal terkemuka dalam teknologi pembuatan dan pemeriksaan bekas kaca di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, pelaburan syarikat itu turut menyaksikan sebanyak 150 peluang pekerjaan baharu diwujudkan bagi individu berlatar belakang bidang kejuruteraan dan kemahiran teknikal.

“Pelaburan untuk kemudahan ini bernilai RM135, kerajaan negeri melalui Invest Johor telah memberi sokongan kepada pembukaan fasiliti ini pada April lalu. Dalam masa begitu singkat kita dapat menyaksikan pecah tanah kilang yang berkeluasan 300,000 kaki persegi ini yang dijadualkan siap pada suku ketiga tahun depan.

“Difahamkan, fasiliti yang akan dibangunkan di sini bakal menghasilkan antara 10 hingga 20 peratus keluaran keseluruhan global syarikat berkenaan.

“Majlis sebegini satu peringatan sejauh mana Johor telah berkembang sebagai sebuah hub bagi sektor pembuatan dan perkilangan di Malaysia. Sektor pembuatan adalah pemacu penting bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan Majlis Pecah Tanah pembukaan kilang Bucher Emhart Glass di i-Park, Senai Airport City, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI