fbpx

4 lelaki didakwa rogol, amang seksual gadis 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun, 14 Mei lalu.

Kesemua tertuduh, Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25; Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Sobri, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol remaja perempuan itu tanpa kerelaan mangsa pada pukul 1 pagi pada 14 Mei lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram.

Bagi perbuatan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara minima 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Nazreen Ashraf pula didakwa melakukan amang seksual fizikal tanpa kerelaan mangsa sama pada pukul 12 tengah malam pada hari dan lokasi yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, lelaki itu didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nor Fadilah Johanuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim membenarkan tiga tertuduh diikat jamin dengan RM18,000 manakala Nazreen Ashraf pula diikat jamin RM14,000.

Mahkamah turut menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI