fbpx

Pengunjung selamba duduk, rosakkan kereta pameran ‘auto show’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular segelintir pengunjung pameran 'auto show' yang selamba duduk di atas kereta tanpa kebenaran pemilik.

PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung sebuah pameran ‘auto show’ di Mutiara Damansara baru-baru ini didakwa telah menyebabkan beberapa kerosakan melibatkan kereta peserta sekali gus mengundang kecaman daripada orang ramai.

Menerusi video-video tular di media sosial, segelintir pengunjung tersebut dengan selamba duduk di atas kereta, bersandar dan ada yang menyentuh kenderaan-kenderaan yang dipamerkan tanpa kebenaran pemilik.

Selain itu, ada yang mendakwa terdapat kereta yang calar-balar, patah nombor pendaftaran kenderaan dan patah cermin sisi sedangkan telah diletakkan tanda amaran ‘do not touch participant car’ (jangan sentuh kereta peserta).

Salah satu hantaran pemilik Twitter Amran Fans turut mengecam segelintir pengunjung yang bersikap sedemikian sewaktu penganjuran pameran ‘auto show’ itu.

“Dia tak tahu orang tu nak masuk ‘event’ (acara) saja habis beribu buat cat, ‘wax’, ‘polish’, ‘coating’ bagai. Sampai pada kau, buat macam duduk dekat Proton Iswara ayah kau yang letak bawah pokok rambutan 10 tahun,” katanya pada hantaran tersebut, hari ini.

Dalam masa sama, dia turut memuat naik perkongsian didakwa peserta dari luar negara yang dikatakan tidak mahu menyertai acara sedemikian pada masa akan datang.

“Memalukan, sampai orang luar pun ‘taubat’ tak nak sertai acara dekat Malaysia lagi dah. Habis jahanam, calar-balar kereta orang dibuatnya.

“Kau kalau tak berapa minat benda-benda begini, tak payah buat semak datang. Pergi zoo ke, apa lagi sesuai dengan perangai macam tu,” komen Amran Fans.

Salah seorang pengguna TikTok yang dikatakan mengunjungi pameran tersebut turut menceritakan perkara sama susulan sikap segelintir pengunjung yang selamba menyentuh kereta dipamerkan.

“Sedih tengok kereta disentuh sesuka hati. Kasihan pemilik berhabis duit, sampai ada yang ‘spoiler’ patah,” dakwa admsrzl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI