fbpx

Rangka dasar baharu beri pampasan pekebun terjejas akibat hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi melawat pameran pada Majlis Himpunan Bulanan dan Bicara Biodiversiti di Wisma Sumber Asli hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang merangka satu dasar baharu berhubung keperluan memberi pampasan kepada pekebun atau pemilik tanaman yang mengalami kerosakan dan kerugian akibat serangan hidupan liar.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ketika ini, rangka mengenai dasar tersebut masih di peringkat perbincangan dengan beberapa kementerian terlibat.

Menurut beliau, ia termasuk termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

“Bagi kematian dan kecederaan memang sudah ada sedikit sagu hati oleh kerajaan disebabkan oleh haiwan liar, (tetapi) yang menjadi isunya sekarang apabila terdapat kerosakan ke atas tanaman.

“Kita tidak mahu bila berlaku kerosakan dan sebagainya ia akan menyebabkan kemarahan orang ramai dan mereka ambil tindakan yang memberi kesan kepada hidupan liar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan NRECC dan Bicara Biodiversiti di Wisma Sumber Asli, hari ini.

Terdahulu, sesi Bicara Biodiversiti itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang.

Menerusi sesi dialog itu, Nik Nazmi menyuarakan kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertindak secara proaktif, konflik antara manusia dan hidupan liar akan menjadi lebih serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI