fbpx
GAMBAR fail 15 Mac 2019 menunjukkan pekerja mencari barangan dan serpihan untuk analisis forensik di lokasi nahas Boeing 737 MAX milik Ethiopian Airlines di Kampung Quntushele, rantau Oromia. – AFP

Waris mangsa nahas Boeing 737 MAX dapat pampasan RM195 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Panel juri menganugerahkan ganti rugi AS$49.5 juta (RM195.3 juta) kepada keluarga seorang warga Amerika Syarikat berusia 24 tahun yang terkorban dalam nahas Boeing 737 MAX pada tahun 2019.

Tuntutan ganti rugi dikemukakan oleh keluarga Samya Stumo yang meninggal dunia dalam nahas Penerbangan Ethiopian Airlines pada Mac 2019. Kemalangan itu meragut 157 nyawa.

Panel juri di Chicago yang bermesyuarat dua jam memutuskan  bahawa ‘jumlah keseluruhan ganti rugi perlu dibayar kepada plaintif ialah AS$49.5 juta, demikian menurut  dokumen mahkamah.

Hampir kesemua tuntutan sivil berkaitan nahas itu telah diselesaikan di luar mahkamah. Bagaimanapun, dalam kes Stumo  keluarganya gagal mencapai persetujuan dengan Boeing sebelum perbicaraan bermula Isnin lalu.

“Kami amat bersimpati kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang masing-masing dalam Penerbangan Lion Air 610 dan Penerbangan Ethiopian Airlines 302,” kata Boeing dalam satu kenyataan.

Panel juri menganugerahkan keluarga Samya Stumo AS$21 juta (RM82.8 juta) untuk penderitaan yang dialami berikutan nahas, AS$16.5 juta(RM65.1 juta)  untuk kehilangan anggota keluarga dan AS$12 juta (RM47.3 juta)  untuk kesedihan keluarga.

“Kami gembira diberi peluang untuk mengendalikan kes tuntutan pampasan ini,” kata peguam firma Kline & Specter, Shanin Specter dan Elizabeth Crawford yang mewakili keluarga mangsa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN