fbpx

Wanita tikam suami benci dibandingkan dengan bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Nissan Navara milik lelaki itu dibakar ketika dia cuba melarikan diri. - Anan Supakijjanusorn

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Chon Buri, Thailand menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.

Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36,  dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.

Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.

Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.

“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya. 

“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.

Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI