fbpx

Mashy gesa padam video tular ‘malaikat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Mashy menggesa orang ramai memadam video yang tular mengenai dirinya.

PETALING JAYA – Seorang usahawan muda, Masitah Mohd Affandy atau lebih dikenali sebagai Mashy, menggesa orang ramai supaya memadam video yang tular mengenai dirinya yang didakwa berdoa melalui malaikat.

Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta, tular selepas video menyuruh meminta tolong kepada malaikat dimuat naik secara meluas di pelbagai platform.

“Saya nak minta jasa baik rakan-rakan ‘TikTokers’, terutamanya yang telah ‘download’ video yang tular yang bukan dimuat naik oleh saya sendiri,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Mashy di akaun TikTok miliknya berkata, dia sama sekali tidak pernah memuat naik video berkenaan apatah lagi mengizinkan.

“Video tular tanpa pengetahuan ataupun keizinan saya,” katanya.

Menurut Mashy, video tersebut dirakam tanpa pengetahuannya ketika penglihatannya masih sihat lagi.

Mashy menjadi buta selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya selepas kereta yang dinaikinya dirempuh lori 15 tan di Kilometer 193.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan pada 21 Mac lalu.

Tegasnya, video tersebut bukan bertujuan sebagai pameran umum mahupun untuk kegunaan dalam pendidikan.

“Video tersebut bukanlah bertujuan untuk pameran umum, bukanlah bertujuan untuk pendidikan apatah lagi untuk diamalkan,” katanya.

Bagaimanapun, Mashy melalui kenyataannya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

“Saya dengan rendah hati dan rendah diri memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Saya juga dengan rasa bersyukur ucapkan terima kasih kepada mereka yang ‘allert’.

“Mohon maaf atas apa yang berlaku, InsyaAllah kita usahakan supaya tidak berulang lagilah peristiwa ataupun perkara sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI