fbpx

Sanusi mohon maaf buat kenyataan fitnah ke atas Mahfuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berhubung fitnah dilakukannya terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Muhammad Sanusi menerusi laman Facebooknya pada pagi ini, iaitu platform sama digunakannya untuk memuat naik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Menurut Muhammad Sanusi, kenyataan maaf itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021.

“Pada 30 Julai 2019, saya telah membuat satu hantaran di Facebook ini menyentuh isu perpindahan premis judi dari Alor Setar ke Pokok Sena.

“Saya telah menyatakan bahawa pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan kerajaan memerintah ketika itu telah pudar sensitivitinya kerana perpindahan premis berkenaan berlaku ke kawasan majoriti Islam di Kedah tanpa sebarang halangan sehingga isu tersebut ditimbulkan masyarakat setempat dan saya, empat bulan selepas kelulusan diberikan Kementerian Kewangan,” katannya.

Kata beliau, berikutan saman fitnah difailkan Mahfuz berkaitan hantaran Facebook tersebut, Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 serta Mahkamah Rayuan pada 3 April 2023 telah memutuskan bahawa hantaran itu merupakan satu fitnah terhadap Mahfuz dan beliau diperintahkan memohon maaf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI