fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad hoki lelaki tepati ramalan ‘ledak’ emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia meraikan kejayaan selepas membenamkan Singapura pada perlawanan akhir hoki lelaki Sukan SEA 2023 di Padang Hoki Stadium Nasional Morodok Techo hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PHNOM PENH – Skuad hoki kebangsaan mengesahkan status selaku ‘raja’ hoki Asia Tenggara selepas mengekalkan pingat emas dengan menewaskan Singapura 3-0 pada aksi final temasya Sukan SEA Kemboja 2023 semalam.

Meskipun beraksi dalam suhu mencecah 40 darjah Celcius, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim meraih gol menerusi pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-16.

Muhammad Amirul sekali lagi menjadi wira apabila melebarkan kelebihan menjadi 2-0 hasil serangan yang dilakukan pada minit ke-38.

Kejayaan meraih pingat emas disahkan menerusi jaringan yang ketiga pada minit ke-48 hasil penyudah gol padang Alfarico Lance Liau Jr sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia.

Muhamad Amin yang ditemui selepas tamat perlawanan mengakui sangat lega selepas anak-anak buahnya berjaya membantu pasukan menepati ramalan meraih pingat emas yang didambakan oleh kontinjen Malaysia.

“Saya puji pemain turun dengan sepenuh hati, main bermati-matian dan dapat sumbangkan emas ke-32 buat kontinjen, itu yang membanggakan saya.

“Secara jujur, walaupun kita turun dengan pasukan remaja kita masih boleh dikatakan kuasa besar di rantau Asia Tenggara tetapi mereka boleh berikan yang terbaik sehingga ke pentas final,” katanya.

Acara hoki padang kembali membuat kumunculan di Sukan SEA selepas enam tahun selepas ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021.

Sejak sukan hoki dipertandingkan bermula edisi 1971, Malaysia hanya sekali meraih perak pada edisi 1973 sebelum berjaya genggam 15 pingat emas berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI