fbpx

Anwar hadir sambutan hari raya Kementerian Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Kementerian Kewangan (MoF) di bangunan kementerian itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba bersama isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta warga kerja MoF.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira satu jam turut mendendangkan sebuah lagu kepada Dr. Wan Azizah bertajuk ‘Azizah’ ciptaan P. Ramlee.

Kehadiran tetamu pada majlis berkenaan terdiri daripada wakil-wakil kementerian, syarikat-syarikat korporat, badan berkanun dan orang awam.

Kira-kira 7,000 kakitangan kementerian serta tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, ketupat dan kambing bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI