fbpx

[VIDEO] Budak 6 tahun dakwa Tok Wan berbulu pandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terbabas dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

PETALING JAYA – Budak enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios di Langkawi mendakwa kereta itu dipandu oleh makhluk berbulu.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku, menurut kanak-kanak tersebut, ada seorang lelaki yang digelar sebagai tok wan, paklang dan ‘pakcik’ bersama mereka.

“Bukan abang bawa kereta. Pakcik dengan tok wan yang bawa. Diorang ajak abang pergi main ‘game’. Ceritanya.

Cerita kanak-kanak tersebut, entiti yang dipanggil sebagai tok wan itu juga berbadan panas, berbulu dan tidak kacak.

“Yang bawa kereta, orang tua badan besar, berbulu, seorang lagi pakcik duduk dekat seblah, seorang lagi duduk di belakang,” katanya.

Kisah ini diceritakan semula daripada orang-orang kampung yang mempunyai hubungan rapat kepada ibu kanak- kanak terbabit.

Semalam Kosmo! Melaporkan penduduk di sini terkejut apabila mendapati sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang, Langkawi di sini dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam semalam itu, kanak- kanak terbabit yang memandu kereta jenis Toyota Vios mengalami luka kecil pada dagu, manakala adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

@bungacintanarissa70 Kita boleh dengar tapi hanya Allah yg tahu kebenarannya… #pleaseelert #Allahuakbar #logikke #kisah6thnmemandu #fypシ゚viral #foryoupage ♬ original sound – Ibunor70 🌸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI