fbpx

Perkeso sasar lebih 6,000 pekerjaan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh ROSLIZA MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan penempatan pekerjaan kepada seramai 6,888 individu bagi mengurangkan kadar pengangguran di Kelantan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di Kelantan dianggarkan 4.1 peratus pada Februari lalu dan 4.4 peratus pada bulan Januari.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan tinggi berbanding 3.6 peratus bagi seluruh negara.

“Jadi, Perkeso Kelantan membuat penempatan pekerjaan kepada 6,888 individu bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini apabila sudah berjaya menempatkan pekerjaan kepada seramai 5,500 orang pada tahun lalu.

“Kadar pengangguran tinggi juga berpunca daripada ramai individu di Kelantan memilih untuk bekerja sendiri malah ada dalam kalangan mereka memilih pekerjaan yang bakal diceburi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nora memberitahu, insentif kerjaya Madani yang melibatkan daya kerjaya, dan bina kerjaya termasuk orang Asli, wanita, orang kelainan upaya (OKU), graduan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau lepasan sekolah dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI