fbpx

Pak Belang muncul di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil menunjukkan kesan tapak kaki binatang buas dipercayai harimau belang ketika ditemui di Kampung Penajis, Rembau semalam.

REMBAU – Penduduk di Kampung Penajis di sini, kini hidup dalam ketakutan apabila kelibat harimau belang dilihat muncul di kawasan kebun dan sungai berhampiran kampung itu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Penajis, Abd. Jalil Repal, 67, berkata, kejadian kali pertama itu berlaku di kebun sayur di Kampung Seberang pada 14 April lalu dan terbaharu kelmarin berhampiran sungai serta ladang kelapa sawit.

Beliau yang juga bekas tentera berkata, dalam kejadian awal bulan lalu, kelibat seekor harimau belang dipercayai betina dan anak harimau belang telah dilihat oleh pekerja warga asing.

“Selepas itu, beberapa hari sebelum raya iaitu pada 17 April, penduduk lain pula nampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Puteh, Chengkau.

“Dalam kejadian kali pertama itu, saya telah maklumkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya semalam.

Ujarnya, buat masa ini, tiada aduan berkenaan binatang ternakan dibaham harimau, namun kelibat harimau itu sudah dimaklumkan kepada 200 penduduk supaya lebih berjaga-jaga.

Menurutnya, penduduk berharap Perhilitan dapat melakukan pemantauan segera, sekali gus menangkap harimau itu

“Ada juga yang mengaitkan kemunculan harimau belang ini sebagai jelmaan, tetapi ini cerita 100 tahun lalu. Bagaimanapun, dalam kejadian ini, ada kesan tapak kaki harimau,” ujarnya.

Seorang penduduk, Bunga Mat, 63, memberitahu, dia telah mengarahkan anak-anaknya supaya duduk di rumah sahaja bagi menjamin keselamatan mereka.

“Saya pun sekarang tidak terlalu kerap pergi ke kebun atau kolam ikan, jika hendak keluar, penduduk nasihatkan buat unggun api kerana harimau takutkan api,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI