LIMA siswi tahun dua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kumpulan Serinadi telah mengambil inisiatif memperkasakan warisan komuniti melalui pendekatan digital. Ketua kumpulan itu, Nur Najwa Asyila, 22, berkata, inisiatif tersebut dilakukan menerusi Program Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Menurutnya, inisiatif berkenaan juga selari dengan aspirasi Community-Driven University for a Sustainable World serta menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026. “Inisiatif ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan……














