fbpx

Sebutan semula kes bunuh tauke buah naga 7 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah menetapkan 7 Jun depan sebagai sebutan semula kes terhadap tertuduh. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

PORT DICKSON – Sebutan semula kes dua pekerja buruh warga Myanmar yang didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh tauke buah naga di Tanah Merah Site A, di sini, 18 Februari lalu ditetapkan pada 7 Jun depan.

Majistret Vanita Vasudevan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu masih belum mendapatkan laporan forensik, bedah siasat dan kimia terhadap tertuduh Yan Mai, 19, dan Maung Piaw, 20.

Pada prosiding itu kedua-dua tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin hadir ke mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan Mahkamah Majistret pada 3 March lalu kedua-dua tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki, Low Seng Poh, 44, di dalam kebun buah naga, Tanah Merah Site A, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah malam hingga jam 2 pagi, 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pihak Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI