fbpx

Lelaki maut jatuh tingkat 15 apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika melakukan proses mengeluarkan mangsa di lantai tingkat 6 apartmen itu

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 di sebuah apartmen di Seksyen 22 di sini hari ini.

Mangsa dikenali Chong Lee Teik berusia 46 tahun yang parah maut di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.49 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 15 apartmen itu yang mempunyai keseluruhan 21 tingkat.

“Mangsa yang cedera parah ditemui di lantai rumah di tingkat 6.

“Anggota kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan alat pengusung sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI