fbpx

Remaja lelaki dan teman wanita ditahan lakukan aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar aksi berbahaya penunggang dan pembonceng motosikal di Jalan Chendor menghala ke Kemaman di Kuantan.

KUANTAN – Padah melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ menaiki motosikal menyebabkan dua remaja ditahan pihak polis di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 54 saat yang tular kelmarin menyaksikan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan membonceng seorang perempuan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor menghala ke Kemaman di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas maklumat daripada video berkenaan pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek berusia 17 tahun kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

“Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal dan siasatan pihak polis berjaya mengesan pemilik serta alamat lengkap penunggang motosikal dan menahan suspek lelaki dan teman wanitanya di hadapan rumah mereka iaitu di Kampung Balok dan Kampung Selamat di sini.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 digunakan suspek dimiliki oleh ibunya yang bekerja sebagai buruh.

Katanya, siasatan mendapati suspek melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau ‘whellie’ yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI