fbpx
Pas menyeru pengundi bagi PRN Johor tidak memberikan undi kepada PH, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan BN dan PH.

Pas mahu pengundi tolak PH, walaupun bertembung BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pas menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PH.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu antara hasil Mesyuarat Khas Pas Pusat yang berlangsung sempena PRN Johor hari ini.

Menurutnya, Pas juga mengajak supaya mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri Johor.

“Seterusnya, Pas menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi. Pas menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan Jom Jaga Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Pas juga menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN