fbpx
ANGGOTA penyelamat mengusung rakyat Malaysia yang cedera akibat terkena letupan bom di Persimpangan Sapom, Mukim Phai Wan, Daerah Tak Bai, Thailand semalam. - IHSAN ISOC

Letupan Tak Bai: Bom 20kg ditanam di pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT (THAILAND) – Siasatan awal mendedahkan bom buatan sendiri (IED) seberat kira-kira 20 kilogram itu ditanam di tengah pembahagi jalan empat lorong berhampiran Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, bom tersebut diletupkan menggunakan pemasa dan dua rakyat Malaysia yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) cedera terkena letupan bom tersebut.

Dalam pada itu, identiti dua rakyat Malaysia yang cedera itu sudah dikenal pasti.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, mangsa terlibat ialah Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38.

Katanya, semasa kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tak Bai menuju Narathiwat.

“Abdullah yang memandu SUV berkenaan mengalami luka di dahi, kepala, tangan dan paha, manakala Muhammad Yusri pula cedera di tangan kanan dan jari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Gabenor Wilayah Narathiwat, Boonchuey Homyamyen, telah mengarahkan timbalannya Chakrit Suranatkul yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal keselamatan untuk memberi bantuan kepada kedua-dua mangsa.

“Beliau mengarahkan bantuan dan penjagaan penuh, kerana kedua-duanya adalah pelancong Malaysia yang melawat wilayah Narathiwat.

“Pada masa sama, kawasan tersebut telah dikepung untuk keselamatan, dan unit pelupusan bom serta pegawai forensik telah diselaraskan untuk menyiasat tempat kejadian secara menyeluruh bagi mengumpul bukti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN